"KALAU boleh, elaklah saman menyaman ini kerana tak ke mana pun saman menyaman ini," jawab penerbit dan pelakon veteran Datuk Yusof Haslam selepas ditanya mengenai timbul isu apabila bekas menantunya Puteri Sarah Liyana 'dijentik' seorang individu tentang dirinya dengan bekas madu Ira Kazar.
Pun begitu Yusof berkata, dia tidak mahu komen lebih lanjut dan cuma mengharapkan yang terbaik buat Puteri Sarah.
"Saya bincang dengan isteri saya dan dia nasihatkan supaya jangan komen apa-apa. Benda dah berlarutan. Biar dan serah kepada Sarah. Saya doakan yang terbaiklah.
"Tak manis untuk saya komen lebih-lebih sangat. Saya doakan yang terbaik untuk semua, termasuklah Syamsul dan cucu-cucu saya," katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Yusof bersyukur hubungan dia dan bekas menantunya masih baik meskipun Syamsul Yusof dengan Sarah sudah bercerai pada 14 Jun lalu.
"Apa pun yang berlaku, kita bersyukur, Alhamdulillah kerana mereka sudah berpisah secara baik.
"Kita pun tidaklah menghina mana-mana pihak. Jangan kata kami nak menghina pihak sana atau apa. Tidak.
"Biar Allah menentukan takdir kita. Kalau takdir baik, Alhamdulillah baik.
"Bagi saya, biar semuanya selesai secara baik dan takdir menentukan segalanya," katanya.
Malah, Yusof berkata, meskipun tidak bersua tapi mereka tetap berhubung melalui WhatsApp dan sentiasa menitipkan kata-kata semangat buatnya.
"Saya dah sebulan tak jumpa Sarah, tapi ada hubungi melalui WhatsApp. Apa yang boleh saya doakan, saya cakap kepada dia, sabar.
"Kita tak boleh nak mengelak kecaman atau kutukan. Bahkan ahli politik pun kena kutuk dalam zaman sekarang.
"Cumanya, jangan dilayan untuk elakkan ia berpanjangan," katanya. -Gempak
Gempak
Tue Aug 29 2023
Yusof (tengah) berkata dia tidak mahu komen lebih lanjut dan cuma mengharapkan yang terbaik buat Puteri Sarah. -Gempak
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
"Tahniah Syamsul akhirnya mengaku bernikah di Thailand" - Puteri Sarah
Puteri Sarah minta Syamsul tidak memutarbelitkan situasi dengan meletakkan kesalahan di atas bahunya.
Puteri Sarah, Syamsul Yusof dikurnia bayi lelaki, namakan Syaikhul Islam
Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi lelaki awal pagi tadi.